Ahad, April 12, 2009

Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Hari Terbuka

Sabtu, 11 April 2009 – SVNR buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa, yang mana tujuan majlis tersebut adalah untuk memberikan peluang kepada ibubapa untuk berinteraksi dengan guru-guru disekolah tersebut bagi membincangkan perkembangan dan pencapaian pembelajaran anak-anak mereka.

Majlis pagi itu juga diselajurkan dengan Hari Terbuka yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai dan penuntut-penuntut sekolah untuk datang berkunjung dan meninjau dengan lebih dekat lagi mengenai kursus-kursus yang di tawarkan di sekolah ini. Mereka yang datang berpeluang untuk melawat bengkel-bengkel dimana kusus-kursus tersebut dikendalikan dan mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari guru-guru yang berkenaan mengenai peluang dan kebaikan yang akan diperolehi bila mengikuti kursus berkenaan.

Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa aktibiti lain juga mengambil tempat. Di antaranya, Pameran dari setiap jabatan dan produk hasil-hasil kerjatangan penuntut, Pesta Jualan yang terdiri dari penuntut SVNR yang dalam latihan keusahawanan dan syarikat swasta yang di jemput seperti tokoh buku, peralatan komputer, tidak ketinggalan juga permainan bouncer.

Satu peraduan kuiz telah di sediakan oleh pihak Perpustakaan yang membukakan penyertaan kepada semua warga sekolah dan juga orang ramai yang berkunjung pada hari tersebut.Sejumlah jawapan yang betul telah di terima dan setelah di jalankan undi, seramai 5 orang peserta telah berjaya menerima hadiah-hadiah mereka yang di sampaikan oleh Pengetua dan Timbalannya.