Isnin, Julai 20, 2009

Pintu Gerbang Hari Keputeraan

Jun 2009 - Salah satu projek tahunan sekolah ialah Pertandingan Gerbang antara sekolah-sekolah dan maktab-maktab sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan.


AJK yang dilantik telah memulakan persiapan dan kerja-kerja mengikut pembahagian sebaik saja cuti sekolah bermula seperti pembuatan huruf, pintu-pintu gerbang dan kerja-kerja mencat.




kami buat "touch-up ja...wording siap udah"

Disebabkan cuti sekolah telah diarahkan untuk dilanjutkan seminggu lagi atas sebab pencegahan virus A H1N1, ketiadaan penuntut telah menyebabkan guru-guru woksop bergabung tenaga bertungkus lumus bekerja menyiapkan pemasangan skafolding dan pintu gerbang demi menepati tempoh yang telah ditetapkan.


Penuntut-penuntut yang kembali bersekolah dikerahkan untuk menyambung kerja-kerja wiring dan pemasangan cucul.


hati-hati...berat nii!!!

"Daulat Tuan Patik!!!"