Selasa, Julai 06, 2010

Majlis Suaikenal Bagi Pengambilan Sesi Julai 2010 - Disember 2011

Bersamaan 23 Rejab 1431 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Suaikenal yang mengambil tempat di dewan serbaguna sekolah tersebut. Majlis pada pagi itu dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa, Pengajar-pengajar, Kakitangan, para Ibubapa, Penjaga dan Pelajar-pelajar baru.
Tetamu Kehormat pada majlis tersebut, Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamuddin, ia-itu Pemangku Pesuruhjaya Buruh
~ bagi memberkati majlis, aturcara dimulai dengan bacaan beramai-ramai, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, yang diketuai oleh Ustaz Haji Mokti....

~ dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SVNR, cikgu Haji Abdul Aleem bin Haji Abdullah

~ diikuti kemudian dengan bacaan Ikrar Pelajar di ketuai oleh Majlis Pelajar

"..kami berikrar untuk sepanjang masa dan dimana-mana sahaja mematuhi undang-undang..."

"...dan peraturan Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam"


Isnin, Julai 05, 2010

Majlis Pendaftaran Bagi Kemasukan Julai, 2010

Sesi pendaftaran bagi penuntut-penuntut baru, pengambilan Julai 2010 telah berlangsung pada pagi ini bertempat didewan sekolah tersebut. Untuk pertama kalinya, pihak sekolah telah menerima jumlah penuntut yang ramai pada sesi ini, ia itu lebih melebihi 200 orang.


 ~ suasana dalam dewan semasa pendaftaran di jalankan...
 ~ guru-guru sedang sebuk melayani ibubapa..



Selesai pendaftaran , penuntut-penuntut berkumpul didewan bagi mendengarkan taklimat.