Selasa, Julai 06, 2010

Majlis Suaikenal Bagi Pengambilan Sesi Julai 2010 - Disember 2011

Bersamaan 23 Rejab 1431 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Suaikenal yang mengambil tempat di dewan serbaguna sekolah tersebut. Majlis pada pagi itu dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa, Pengajar-pengajar, Kakitangan, para Ibubapa, Penjaga dan Pelajar-pelajar baru.
Tetamu Kehormat pada majlis tersebut, Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamuddin, ia-itu Pemangku Pesuruhjaya Buruh
~ bagi memberkati majlis, aturcara dimulai dengan bacaan beramai-ramai, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, yang diketuai oleh Ustaz Haji Mokti....

~ dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SVNR, cikgu Haji Abdul Aleem bin Haji Abdullah

~ diikuti kemudian dengan bacaan Ikrar Pelajar di ketuai oleh Majlis Pelajar

"..kami berikrar untuk sepanjang masa dan dimana-mana sahaja mematuhi undang-undang..."

"...dan peraturan Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam"