Rabu, Januari 13, 2010

Aktiviti Perhimpunan Hujung Tahun 2009

Sebagai mengakhiri sesi persekolahan pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perhimpunan hujung tahun yang dikhususkan bagi semua warga sekolah. Aktiviti diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada hari rabu, 24hb November bermula jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.



Dari awal pagi lagi, semua guru-guru, kakitangan dan penuntut telah hadir, masing masing membawa barang-barang keperluan untuk majlis tersebut. Dengan penuh semangat kerjasama dan gotong-royong diantara semua warga, segala persiapan memasak dan bbq terus dimulai dalam suasana meriah.









Majlis secara rasminya dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Ustaz Bahrom, di ikuti seterusnya dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengetua, Cg Hj Mosli.







Bagi memeriahkan majlis ini, beberapa aktiviti yang berupa permainan telah di adakan. Setiap jabatan masing-masing membariskan beberapa permainan. Dengan adanya aktiviti sedemikian dapat melahirkan rasa muhibah dan muzakarah di kalangan sesama warga, membentuk sifat hormat menghormati antara penuntut-penuntut dengan guru-guru.



mc tetap kita, cg Ans nawi berusaha menghidupkan setiap acara..


bersedia utnuk game 'amazing race'






team pertama yang memasukkan kesemua guli memenangi game ini


kategori penuntut...pemenang-pemenang acara meniup tepung


sporting!..guru-guru yang menyertai acara mencari benda dalam tepung




...memenangi acara ini, Cg Hamid


aktiviti yang dianjurkan oleh majlis pelajar...


antara koleksi barang yang dikehendaki dalam game ini


bersiap untuk game seterusnya, makan roti bergantung..




ready? set! go!....


"nda buleh menggunakan tangan"..salah satu syaratnya


dibukakan kepada semua, inilah peserta-pesertanya


acara memancing botol...

tahniah kepada yang berjaya...


bersedia untuk membaling bola tenis...


team masing-masing cuba menyambut bola yang di baling


opponent..cuba menghalang dan merebut bola...


acara bowling menggunakan kelapa..


sabar menunggu giliran...


Cg Hjh Salina mencuba nasib...


turut menyaksikan, timbalan pengetua cg g aleem..*nama glamer*


turut menikmati kemeriahan di hari tersebut, cg rosnah dengan anak-anak


cg izzah..


general studies ladies...



hmmm...ciaaan kwn durang ani yg jadi mangsa

Aktiviti pada hari itu berakhir dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang bagi semua acara permainan. Hadiah di taja oleh jabatan yang mengendalikan permainan tersebut.

Isnin, Julai 20, 2009

Pintu Gerbang Hari Keputeraan

Jun 2009 - Salah satu projek tahunan sekolah ialah Pertandingan Gerbang antara sekolah-sekolah dan maktab-maktab sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan.


AJK yang dilantik telah memulakan persiapan dan kerja-kerja mengikut pembahagian sebaik saja cuti sekolah bermula seperti pembuatan huruf, pintu-pintu gerbang dan kerja-kerja mencat.




kami buat "touch-up ja...wording siap udah"

Disebabkan cuti sekolah telah diarahkan untuk dilanjutkan seminggu lagi atas sebab pencegahan virus A H1N1, ketiadaan penuntut telah menyebabkan guru-guru woksop bergabung tenaga bertungkus lumus bekerja menyiapkan pemasangan skafolding dan pintu gerbang demi menepati tempoh yang telah ditetapkan.


Penuntut-penuntut yang kembali bersekolah dikerahkan untuk menyambung kerja-kerja wiring dan pemasangan cucul.


hati-hati...berat nii!!!

"Daulat Tuan Patik!!!"

Ahad, April 12, 2009

Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Hari Terbuka

Sabtu, 11 April 2009 – SVNR buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa, yang mana tujuan majlis tersebut adalah untuk memberikan peluang kepada ibubapa untuk berinteraksi dengan guru-guru disekolah tersebut bagi membincangkan perkembangan dan pencapaian pembelajaran anak-anak mereka.

Majlis pagi itu juga diselajurkan dengan Hari Terbuka yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai dan penuntut-penuntut sekolah untuk datang berkunjung dan meninjau dengan lebih dekat lagi mengenai kursus-kursus yang di tawarkan di sekolah ini. Mereka yang datang berpeluang untuk melawat bengkel-bengkel dimana kusus-kursus tersebut dikendalikan dan mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari guru-guru yang berkenaan mengenai peluang dan kebaikan yang akan diperolehi bila mengikuti kursus berkenaan.

Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa aktibiti lain juga mengambil tempat. Di antaranya, Pameran dari setiap jabatan dan produk hasil-hasil kerjatangan penuntut, Pesta Jualan yang terdiri dari penuntut SVNR yang dalam latihan keusahawanan dan syarikat swasta yang di jemput seperti tokoh buku, peralatan komputer, tidak ketinggalan juga permainan bouncer.

Satu peraduan kuiz telah di sediakan oleh pihak Perpustakaan yang membukakan penyertaan kepada semua warga sekolah dan juga orang ramai yang berkunjung pada hari tersebut.Sejumlah jawapan yang betul telah di terima dan setelah di jalankan undi, seramai 5 orang peserta telah berjaya menerima hadiah-hadiah mereka yang di sampaikan oleh Pengetua dan Timbalannya.

Isnin, Mac 09, 2009

Maulud

FOTO OLIH : Abd Hamid HAR & Abd Hafiz AH ( www.weddingbrnuei.com )