Berikut adalah keputusan bagi temuduga pengambilan Julai 2010. Senarai nama-nama pemohon yang berjaya boleh dilihat di papan kenyataan SVNR. Walau bagaimanapun, surat-surat tawaran telah dikirim ke-alamat masing-masing. Pendaftaran bagi semua kursus akan berlangsung pada 5hb Julai, bermula 8.15 pagi bertempat di dewan serbaguna SVNR. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak sekolah.Tahniah kepada pemohon-pemohon yang telah berjaya.
Nama kursus Jumlah yang berjaya
NTC3 Carpentry & Joinery -13 orang-
NTC3 Consumer Electronics -19 orang-
NTC3 Electrical -15 orang-
NTC3 Furniture & Cabinet making -16 orang-
NTC3 Hair Dressing & Beauty -14 orang-
NTC3 Painting & Decorating -12 orang-
NTC3 Plumbing & Pipe-fitting -34 orang-
ND in Geomatics -20 orang-
ND in Construction -40 orang-
ND in Interior Design -31 orang-
ND in Property Management -25 orang-
PND Electrical & Electronic Engineering -20 orang-
Berdikari dan Bertawakkal
Mengenai SNVR
- Editor SVNR
- Paparan ini diujudkan khasnya bagi memuatkan hal ehwal semasa yang berlaku disekolah ini, seperti aktibiti-aktibiti, majlis-majlis, pemberitahuan dan berita terkini. Paparan ini dihasratkan dapat memberikan informasi dan menyampaikan perkembangan mengenai sekolah ini untuk tatapan abiskita.
Isnin, Jun 14, 2010
Khamis, April 29, 2010
Temuduga bagi Pengambilan Julai 2010
Hari ini merupakan temuduga terakhir bagi pemohon-pemohon yang berjaya disenaraikan untuk sesi pengambilan Julai 2010. Temuduga telah berlangsung bermula pada Rabu, 28hb April dan berakhir pada petang Khamis 29hb April dengan mencatitkan seramai 211 orang pemohon bagi 8 jenis kursus.
Kursus-kursus berkenaan adalah;
NTC3 Bricklaying and Concreting
NTC3 Carpentry and Joinery
NTC3 Consumer Electronics
NTC3 Electrical
NTC3 Furniture and Cabinet Making
NTC3 Hairdressing and Beauty
NTC3 Painting and Decorating
NTC3 Plumbing and Pipefitting
Kursus-kursus berkenaan adalah;
NTC3 Bricklaying and Concreting
NTC3 Carpentry and Joinery
NTC3 Consumer Electronics
NTC3 Electrical
NTC3 Furniture and Cabinet Making
NTC3 Hairdressing and Beauty
NTC3 Painting and Decorating
NTC3 Plumbing and Pipefitting
Jumaat, Mac 05, 2010
Majlis Sambutan Maulidur-rasul
Khamis, 4hb Mac - SVNR telah mengadakan satu majlis sempena Maulidur-rasul yang di hadiri oleh semua warga sekolah. Majlis pagi itu di mulai dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa khusus di tujukan kepada Pemangku Pengetua, yang mana sedang menjalani rawatan di Hospital R.I.P.A.S. Disusuli kemudian dengan bacaan Asma-ul-husna ssecara beramai-ramai.
Majlis di serikan dengan satu ceramah ugama yang di sampaikan oleh penceramah undangan, Ustaz Haji Badarudin bin Haji Besar dari Pusat Dakwah Islamiah.
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali Ke-26
Warga SVNR yang turut serta dalam menjayakan perbarisan pada hari tersebut, terdiri dari pegawai-pegawai, guru-guru, kakitangan dan penuntut-penuntut.
Rabu, Januari 13, 2010
Aktiviti Perhimpunan Hujung Tahun 2009
Sebagai mengakhiri sesi persekolahan pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perhimpunan hujung tahun yang dikhususkan bagi semua warga sekolah. Aktiviti diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada hari rabu, 24hb November bermula jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Dari awal pagi lagi, semua guru-guru, kakitangan dan penuntut telah hadir, masing masing membawa barang-barang keperluan untuk majlis tersebut. Dengan penuh semangat kerjasama dan gotong-royong diantara semua warga, segala persiapan memasak dan bbq terus dimulai dalam suasana meriah.
Majlis secara rasminya dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Ustaz Bahrom, di ikuti seterusnya dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengetua, Cg Hj Mosli.
Bagi memeriahkan majlis ini, beberapa aktiviti yang berupa permainan telah di adakan. Setiap jabatan masing-masing membariskan beberapa permainan. Dengan adanya aktiviti sedemikian dapat melahirkan rasa muhibah dan muzakarah di kalangan sesama warga, membentuk sifat hormat menghormati antara penuntut-penuntut dengan guru-guru.
mc tetap kita, cg Ans nawi berusaha menghidupkan setiap acara..
bersedia utnuk game 'amazing race'
team pertama yang memasukkan kesemua guli memenangi game ini
kategori penuntut...pemenang-pemenang acara meniup tepung
sporting!..guru-guru yang menyertai acara mencari benda dalam tepung
...memenangi acara ini, Cg Hamid
aktiviti yang dianjurkan oleh majlis pelajar...
antara koleksi barang yang dikehendaki dalam game ini
bersiap untuk game seterusnya, makan roti bergantung..
ready? set! go!....
"nda buleh menggunakan tangan"..salah satu syaratnya
dibukakan kepada semua, inilah peserta-pesertanya
acara memancing botol...
tahniah kepada yang berjaya...
bersedia untuk membaling bola tenis...
team masing-masing cuba menyambut bola yang di baling
opponent..cuba menghalang dan merebut bola...
acara bowling menggunakan kelapa..
sabar menunggu giliran...
Cg Hjh Salina mencuba nasib...
turut menyaksikan, timbalan pengetua cg g aleem..*nama glamer*
turut menikmati kemeriahan di hari tersebut, cg rosnah dengan anak-anak
cg izzah..
general studies ladies...
hmmm...ciaaan kwn durang ani yg jadi mangsa
Aktiviti pada hari itu berakhir dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang bagi semua acara permainan. Hadiah di taja oleh jabatan yang mengendalikan permainan tersebut.
Isnin, Julai 20, 2009
Pintu Gerbang Hari Keputeraan
Jun 2009 - Salah satu projek tahunan sekolah ialah Pertandingan Gerbang antara sekolah-sekolah dan maktab-maktab sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan.
AJK yang dilantik telah memulakan persiapan dan kerja-kerja mengikut pembahagian sebaik saja cuti sekolah bermula seperti pembuatan huruf, pintu-pintu gerbang dan kerja-kerja mencat.
kami buat "touch-up ja...wording siap udah"
Disebabkan cuti sekolah telah diarahkan untuk dilanjutkan seminggu lagi atas sebab pencegahan virus A H1N1, ketiadaan penuntut telah menyebabkan guru-guru woksop bergabung tenaga bertungkus lumus bekerja menyiapkan pemasangan skafolding dan pintu gerbang demi menepati tempoh yang telah ditetapkan.

Penuntut-penuntut yang kembali bersekolah dikerahkan untuk menyambung kerja-kerja wiring dan pemasangan cucul.
Langgan:
Catatan (Atom)

